Zakat fitrah adalah kepada semua, yang merdeka mahupun hamba, lelaki mahupun perempuan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

زكاة الفطر على كل حر وعبد، ذكر وأنثى، صغير وكبير، فقير وغني، صاع من تمر، أو نصف صاع من قمح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Zakat fitrah difardukan kepada semua, yang merdeka mahupun hamba, lelaki mahupun perempuan, kecil mahupun dewasa, miskin mahupun kaya, (dengan bayaran) segantang kurma, atau separuh gantang gandum.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 880, hadis nombor 4514. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- موقوفا ومرفوعا: (زكاة الفطر على كل حر وعبد، وذكر وأنثى، صغير وكبير، فقير وغني، صاع من تمر، أو نصف صاع من قمح). [الطحاوي، قط، هق، ((الضعيفة)) (3666)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara mauquf dan marfu’: “Zakat fitrah difardukan kepada semua, yang merdeka mahupun hamba, lelaki mahupun perempuan, kecil mahupun dewasa, miskin mahupun kaya, (dengan bayaran) segantang kurma, atau separuh gantang gandum.”
[Riwayat al-Tahawi dalam Musykil al-Athar, Sunan al-Daruqutni, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3666]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.