Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
زكاةُ الفطرِ على كلِّ حرٍّ وعبدٍ، ذكرٍ وأنثى، صغيرٍ وكبيرٍ، فقيرٍ وغنيٍّ، صاعٌ من تمرٍ، أو نصفُ صاعٍ من قمحٍ.
Teks Bahasa Melayu
Zakat fitrah difardukan kepada semua, yang merdeka mahupun hamba, lelaki mahupun perempuan, kecil mahupun dewasa, miskin mahupun kaya, (dengan bayaran) segantang kurma, atau separuh gantang gandum.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 880, hadis no. 4514. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- موقوفا ومرفوعا: (زكاة الفطر على كل حر وعبد، وذكر وأنثى، صغير وكبير، فقير وغني، صاع من تمر، أو نصف صاع من قمح). [الطحاوي، قط، هق، ((الضعيفة)) (3666)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara mauquf dan marfu’: “Zakat fitrah difardukan kepada semua, yang merdeka mahupun hamba, lelaki mahupun perempuan, kecil mahupun dewasa, miskin mahupun kaya, (dengan bayaran) segantang kurma, atau separuh gantang gandum.” [Riwayat al-Tahawi dalam Musykil al-Athar, Sunan al-Daruqutni, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3666]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman