Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Zakat bagi perhiasan adalah dengan meminjamkannya

Teks Bahasa Arab

زَكَاةُ الْحُلِيِّ عَارِيَتُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Zakat bagi perhiasan adalah dengan meminjamkannya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 107, hadis no. 148. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قول ابن عمر، قال اليبهقي: وأما ما يروى عنه مرفوعا: "ليس في الحلي زكاة"، فباطل لا أصل له.

Ia adalah kata-kata Ibn Umar. Al-Baihaqi berkata: Manakala apa yang diriwayatkan daripada beliau (Ibn Umar) secara marfu’ (daripada Nabi SAW): “Tiada zakat dalam bab perhiasan”, adalah batil dan tiada asalnya.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.