TEKS BAHASA ARAB
حديث: الزيدية مجوس هذه الأمة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Zaidiyyah adalah Majusi bagi umat ini.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 93, hadis nombor 239. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن الديبع: موضوع، وحاشا الزيدية من هذه النسبة الرديئة، قال علي قاري: إن كانوا على مذهب القدرية فمعناه صحيح، إذ هم مشاركون لهم في القضية سواء يكون بطريق الكلية أو الجزئية.
Ibn al-Daiba berkata: Palsu. Jauh sekali Zaidiyyah daripada nisbah yang jelek ini. ‘Ali Qari berkata: Jika mereka sebagai mazhab Qadariyyah, maka maknanya tepat kerana mereka sama seperti Qadariyyah dalam isu tersebut sama ada secara menyeluruh ataupun sebahagian.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.