Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: الزَّيْدِيَّةُ مَجُوسُ هَذِهِ الأُمَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Zaidiyyah adalah Majusi bagi umat ini.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 93, hadis no. 239. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن الديبع: موضوع، وحاشا الزيدية من هذه النسبة الرديئة، قال علي قاري: إن كانوا على مذهب القدرية فمعناه صحيح، إذ هم مشاركون لهم في القضية سواء يكون بطريق الكلية أو الجزئية.
Ibn al-Daiba berkata: Palsu. Jauh sekali Zaidiyyah daripada nisbah yang jelek ini. 'Ali Qari berkata: Jika mereka sebagai mazhab Qadariyyah, maka maknanya tepat kerana mereka sama seperti Qadariyyah dalam isu tersebut sama ada secara menyeluruh ataupun sebahagian.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman