Zaid bin Sa‘nah menceritakan bagaimana Allah memberikan hidayah kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله لما أراد هدى ‌زيد ‌بن ‌سعنة قال ‌زيد ‌بن ‌سعنة: ما من علامات النبوة شيء إلا وقد عرفتها في وجه محمد صلى الله عليه وسلم حين نظرت إليه إلا اثنتين لم أخبرهما منه، يسبق حلمه جهله ولا تزيد شدة الجهل عليه إلا حلما، فكنت ألطف له لأن أخالطه، فأعرف حلمه من جهله. قال ‌زيد ‌بن ‌سعنة: فخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم يوما من الحجرات ومعه علي بن أبي طالب رضي الله عنه، فأتاه رجل على راحلته كالبدوي، فقال: يا رسول الله، إن بصرى قرية بني فلان قد أسلموا، ودخلوا في الإسلام، وكنت حدثتهم إن أسلموا أتاهم الرزق رغدا، وقد أصابتهم سنة وشدة وقحوط من الغيث، فأنا أخشى يا رسول الله أن يخرجوا من الإسلام طمعا كما دخلوا فيه طمعا، فإن رأيت أن ترسل إليهم بشيء تعينهم به فعلت، فنظر إلى رجل إلى جانبه أراه عليا رضي الله عنه، فقال: يا رسول الله، ما بقي منه شيء، قال ‌زيد ‌بن ‌سعنة: فدنوت إليه، فقلت: يا محمد، هل لك أن تبيعني تمرا معلوما من حائط بني فلان إلى أجل كذا وكذا؟ فقال: لا يا يهودي، ولكني أبيعك تمرا معلوما إلى أجل كذا وكذا، ولا تسمي حائط بني فلان. قلت: بلى، فبايعني فأطلقت همياني، فأعطيته ثمانين مثقالا من ذهب في تمر معلوم إلى أجل كذا وكذا، فأعطاها الرجل، فقال: اغد عليهم فأعنهم بها. فقال ‌زيد ‌بن ‌سعنة: فلما كان قبل محل الأجل بيومين أو ثلاث، أتيته فأخذت بمجامع قميصه وردائه، ونظرت إليه بوجه غليظ، فقلت له: ألا تقضيني يا محمد حقي؟ فوالله ما علمتكم بني عبد المطلب لمطل، ولقد كان لي بمخالطتكم علم، ونظرت إلى عمر، وإذا عيناه تدوران في وجهه كالفلك المستدير، ثم رماني ببصره، فقال: يا عدو الله أتقول لرسول الله صلى الله عليه وسلم ما أسمع، وتصنع به ما أرى، فوالذي بعثه بالحق لولا ما أحاذر فوته لضربت بسيفي رأسك، ورسول الله صلى الله عليه وسلم ينظر إلى عمر في سكون وتؤدة، ثم قال: يا عمر، أنا وهو كنا أحوج إلى غير هذا، أن تأمرني بحسن الأداء، وتأمره بحسن التباعة، اذهب به يا عمر وأعطه حقه وزده عشرين صاعا من تمر مكان ما روعته. قال زيد: فذهب بي عمر رضي الله عنه، فأعطاني حقي، وزادني عشرين صاعا من تمر، فقلت: ما هذه الزيادة يا عمر؟ فقال: أمرني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن أزيدك مكان ما روعتك، قلت: وتعرفني يا عمر؟ قال: لا، من أنت؟ قلت: أنا ‌زيد ‌بن ‌سعنة، قال: الحبر، قلت: الحبر، قال: فما دعاك أن فعلت برسول الله صلى الله عليه وسلم ما فعلت وقلت له ما قلت؟ قلت: يا عمر، لم تكن من علامات النبوة شيء إلا وقد عرفته في وجه رسول الله صلى الله عليه وسلم حين نظرت إليه إلا اثنتين لم أخبرهما منه، يسبق حلمه جهله، ولا يزيده الجهل عليه إلا حلما، فقد أخبرتهما، فأشهدك يا عمر أني قد رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا، وأشهدك أن شطر مالي – وإني أكثرها مالا – صدقة على أمة محمد. فقال عمر رضي الله عنه: أو على بعضهم، فإنك لا تسعهم. قلت: أو على بعضهم، فرجع عمر وزيد إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال زيد: أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وسلم. وآمن به وصدقه وبايعه وشهد معه مشاهد كثيرة، ثم توفي زيد في غزوة تبوك مقبلا غير مدبر، رحم الله زيدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Zaid bin Sa‘nah menceritakan bagaimana Allah memberikan hidayah kepadanya: Tidak ada satu petanda kenabian pun melainkan saya telah mendapatinya pada wajah Muhammad SAW ketika saya memandangnya, kecuali dua petanda yang saya tidak sempat mengenalpastinya pada baginda, iaitu kelembutannya mengatasi ketidaktahuannya, dan ketidaktahuannya hanya menambahkan kelembutan. Apabila saya bergaul dengan baginda, saya mula dapat mengenalpasti kelembutan baginda daripada kejahilannya.
Zaid bercerita lagi: Suatu hari Rasulullah SAW keluar dari rumah baginda bersama ‘Ali bin Abi Talib RA. Tiba-tiba ada seorang lelaki daripada perkampungan badwi datang kepada Baginda dan menyapa dari atas tunggangannya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya pendudukan Busra, perkampungan suku sekian telah memeluk Islam. Saya beritahu mereka, jika mereka masuk Islam, esok juga rezeki akan turun. Tetapi telah berlalu setahun, dan yang ada hanyalah kesukaran dan kekurangan hujan. Saya risau, wahai Rasulullah, jika mereka keluar daripada Islam kerana tamak sebagaimana mereka masuk Islam kerana tamak. Jika anda apa-apa bantuan yang ingin diutuskan kepada, eloklah kamu melakukan sedemikian.
Kemudian lelaki badwi itu memandang ‘Ali yang berada di sebelah baginda SAW, seraya berkata: Wahai Rasulullah, dia ini tidak memiliki apa-apa langsung. Saya pun mendekati baginda, lalu menawarkan: Wahai Muhammad, adakah kamu berminat untuk menjual kepadaku beberapa tamar dari dusun suku sekian, sehingga tempoh sekian?
Baginda menjawab: Tidak, wahai Yahudi. Tetapi saya akan menjualkan kepada kamu beberapa tamar, sehingga tempoh sekian. Namun jangan kamu namakan dari dusun suku sekian. Saya bersetuju, “Baiklah.” Marilah berjanji dengan saya. Lalu perjanjian pun termeterai. Saya keluarkan beg duit saya, dan saya berikan 80 uncang emas bagi memberi beberapa jumlah tamar yang tertentu, sehingga tempoh tertentu.
Maka baginda memberikan 80 uncang emas itu kepada lelaki badwi tersebut, dan berpesan: Pergilah kepada penduduk kampung Busra, dan bantulah mereka dengan emas-emas ini.
Apabila tiba dua hari, atau tiga hari dari tarikh perjanjian, saya bertemu Baginda lalu terus saya tarik pakaian Baginda dan memandangnya dengan wajah yang kasar, lalu saya berkata: Muhammad, pastikah engkau mahu menunaikan hakku? Demi Allah, aku tidak kenal suku ‘Abdul Muttalib sebagai penangguh hutang. Aku tahu kerana aku banyak bergaul dengan kalian.
Kemudian saya memandang ‘Umar, matanya sudah membulat memandangku, lalu dia berkata: Hai musuh Allah! Berani engkau berbicara dan melakukan kepada Rasulullah SAW seperti yang aku dengar? Engkau perlakukan kepadanya seperti yang aku lihat. Demi yang mengutuskan Baginda dengan kebenaran, kalaulah tidak kerana aku takut sesuatu akan terlepas, sudah tentu aku hayunkan sahaja pedangku ini ke kepalamu!
Rasulullah SAW memandang ‘Umar dengan penuh tenang, seraya berkata, “Wahai ‘Umar, kami lebih perlukan perkara lain daripada pertelingkahan lain. Iaitu kamu memenuhi permintaanku, dan ikuti dia dengan baik. Pergilah ikuti dia, dan tunaikan haknya. Tambahkan 20 bekas tamar lagi untuknya.”
‘Umar pun memenuhi arahan Nabi SAW, dan menunaikan hakku, lalu ditambah 20 bekas tamar lagi. Saya bertanya, “Wahai‘Umar, tambahan apakah ini?” ‘Umar menjawab: Rasulullah SAW yang suruh sebagai balasan aku menakutkan kamu.
Saya bertanya: Kau kenal akukah? ‘Umar menjawab: Tidak, engkau siapa? Saya memberitahu: Aku Zaid bin Sa‘nah. ‘Umar bertanya: Kau pendeta Yahudi? Saya memberitahu: Ya, aku pendeta Yahudi. ‘Umar bertanya: Habis itu, apakah yang membuatkan engkau buat dan berkata dengan Rasulullah dengan cara yang kasar sebegitu?
Saya menjelaskan: Wahai ‘Umar, semua alamat kenabian yang aku tahu, aku sudah lihat pada wajah Nabi SAW. Kecuali dua petanda, kelembutannya mengatasi ketidaktahuannya, dan ketidaktahuannya hanya menambahkan kelembutan. Sekarang aku sudah dapat saksikannya. Aku bersaksi kepadamu wahai ‘Umar, bahawa aku reda Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad sebagai Nabi. Aku bersaksi kepadamu, bahawa separuh daripada hartaku dan aku orang yang paling banyak harta dalam kalangan Yahudi ialah sedekah buat umat Muhammad.
‘Umar berkata: Sebahagian daripada sahaja, kerana kau tidak akan sanggup beri kesemua mereka. Saya bersetuju: Sebahagian sahaja. Kemudian ‘Umar dan saya pun pulang bertemu Rasulullah SAW, lalu saya berkata: Saya bersaksi bahawa tiada yang berhak untuk disembah selain Allah, dan saya bersaksi bahawa Muhammad ialah hamba-Nya dan pesuruh-Nya SAW.
Zaid kemudian beriman dengan Nabi SAW, membenarkan baginda, berjanji setia dengan baginda, dan menyertai banyak peristiwa peperangan bersama Baginda. Zaid kemudiannya wafat dalam pertempuran Tabuk ketika tetap berjuang, bukan ketika melarikan diri dari medan. Semoga Allah mengasihani Zaid.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1041-1043, hadis nombor 5325. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن سلام قال: إن الله لما أراد هدى زيد بن سعنة، قال زيد بن سعنة: ما من علامات النبوة شيء إلا وقد عرفتها في وجه محمد صلى الله عليه وسلم حين نظرت إليه إلا اثنتين لم أخبرهما منه، يسبق حلمه جهله، ولا تزيده شدة الجهل عليه إلا حلما، فكنت أتلطف له لأن أخالطه فأعرف حلمه من جهله. قال زيد بن سعنة: فخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم يوما من الحجرات، ومعه علي بن أبي طالب رضي الله عنه فأتاه رجل على راحلته كالبدوي فقال: يا رسول الله! إن بصري قرية بني فلان قد أسلموا ودخلوا في الإسلام، وكنت حدثتهم إن أسلموا أتاهم الرزق غدا وقد أصابتهم سنة وشدة وقحوط من الغيث، فأنا أخشى يا رسول الله! أن يخرجوا من الإسلام طمعا، كما دخلوا فيه طمعا، فإن رأيت أن ترسل إليهم بشيء تعينهم به فعلت. فنظر إلى رجل إلى جانبه أراه عليا رضي الله عنه فقال: يا رسول الله! ما بقي منه شيء. قال زيد بن سعنة: فدنوت إليه فقلت: يا محمد! هل لك أن تبيعني تمرا معلوما من حائط بني فلان إلى أجل كذا وكذا؟ فقال: لا يا يهودي! ولكني أبيعك تمرا معلوما إلى أجل كذا وكذا، ولا تسمي حائط بني فلان. قلت: بلى فبايعني. فأطلقت همياني فأعطيته ثمانين مثقالا من ذهب في تمر معلوم إلى أجل كذا وكذا. فأعطاها الرجل فقال: اغد عليهم فأعنهم بها. فقال زيد بن سعنة: فلما كان قبل محل الأجل بيومين أوثلاثة أتيته، فأخذت بمجامع قميصه وردائه ونظرت إليه بوجه غليظ فقلت له: ألا تقضيني يا محمد حقي ؟ فوالله ما علمتكم بني عبد المطلب لمطل، ولقد كان لي بمخالطتكم علم، ونظرت إلى عمر وإذا عيناه تدوران في وجهه كالفلك المستدير، ثم رماني ببصره فقال: يا عدوالله! أتقول لرسول الله صلى الله عليه وسلم ما أسمع؟ وتصنع به ما أرى ؟ فوالذي بعثه بالحق لولا ما أحاذر فوته لضربت بسيفي رأسك! ورسول الله صلى الله عليه وسلم ينظر إلى عمر في سكون وتؤدة ثم قال: فذكره. قال زيد: فذهب بي عمر رضي الله عنه فأعطاني حقي وزادني عشرين صاعا من تمر. فقلت: ما هذه الزيادة يا عمر؟ فقال: أمرني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن أزيدك مكان ما رعتك، قلت: وتعرفني يا عمر؟ قال: لا، من أنت؟ قلت: أنا زيد بن سعنة. قال: الحبر؟ قلت: الحبر. قال: فما دعاك أن فعلت برسول الله صلى الله عليه وسلم ما فعلت وقلت له ما قلت؟ قلت: يا عمر! لم تكن من علامات النبوة شيء إلا وقد عرفته في وجه رسول الله صلى الله عليه وسلم حين نظرت إليه إلا اثنتين لم أخبرهما منه: يسبق حلمه جهله، ولا يزيده شدة الجهل عليه إلا حلما، فقد خبرتهما، فأشهدك يا عمر أني رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا، وأشهدك أن شطر مالي – وإني أكثرها مالا – صدقة على أمة محمد. فقال عمر رضي الله عنه: أوعلى بعضهم فإنك لا تسعهم. قلت: أوعلى بعضهم. فرجع عمر وزيد إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال زيد: أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وسلم. وآمن به وصدقه وبايعه وشهد معه مشاهد كثيرة. ثم توفي زيد في غزوة تبوك مقبلا غير مدبر، رحم الله زيدا. [طب، ((الضعيفة)) (1341)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin Salam RA, beliau menyebutkan: Zaid bin Sa‘nah menceritakan bagaimana Allah memberikan hidayah kepadanya: Tidak ada satu petanda kenabian pun melainkan saya telah mendapatinya pada wajah Muhammad SAW ketika saya memandangnya, kecuali dua petanda yang saya tidak sempat mengenalpastinya pada baginda, iaitu kelembutannya mengatasi ketidaktahuannya, dan ketidaktahuannya hanya menambahkan kelembutan. Apabila saya bergaul dengan baginda, saya mula dapat mengenalpasti kelembutan baginda daripada kejahilannya.
Zaid bercerita lagi: Suatu hari Rasulullah SAW keluar dari rumah baginda bersama ‘Ali bin Abi Talib RA. Tiba-tiba ada seorang lelaki daripada perkampungan badwi datang kepada Baginda dan menyapa dari atas tunggangannya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya pendudukan Busra, perkampungan suku sekian telah memeluk Islam. Saya beritahu mereka, jika mereka masuk Islam, esok juga rezeki akan turun. Tetapi telah berlalu setahun, dan yang ada hanyalah kesukaran dan kekurangan hujan. Saya risau, wahai Rasulullah, jika mereka keluar daripada Islam kerana tamak sebagaimana mereka masuk Islam kerana tamak. Jika anda apa-apa bantuan yang ingin diutuskan kepada, eloklah kamu melakukan sedemikian.
Kemudian lelaki badwi itu memandang ‘Ali yang berada di sebelah baginda SAW, seraya berkata: Wahai Rasulullah, dia ini tidak memiliki apa-apa langsung. Saya pun mendekati baginda, lalu menawarkan: Wahai Muhammad, adakah kamu berminat untuk menjual kepadaku beberapa tamar dari dusun suku sekian, sehingga tempoh sekian?
Baginda menjawab: Tidak, wahai Yahudi. Tetapi saya akan menjualkan kepada kamu beberapa tamar, sehingga tempoh sekian. Namun jangan kamu namakan dari dusun suku sekian. Saya bersetuju, “Baiklah.” Marilah berjanji dengan saya. Lalu perjanjian pun termeterai. Saya keluarkan beg duit saya, dan saya berikan 80 uncang emas bagi memberi beberapa jumlah tamar yang tertentu, sehingga tempoh tertentu.
Maka baginda memberikan 80 uncang emas itu kepada lelaki badwi tersebut, dan berpesan: Pergilah kepada penduduk kampung Busra, dan bantulah mereka dengan emas-emas ini.
Apabila tiba dua hari, atau tiga hari dari tarikh perjanjian, saya bertemu Baginda lalu terus saya tarik pakaian Baginda dan memandangnya dengan wajah yang kasar, lalu saya berkata: Muhammad, pastikah engkau mahu menunaikan hakku? Demi Allah, aku tidak kenal suku ‘Abdul Muttalib sebagai penangguh hutang. Aku tahu kerana aku banyak bergaul dengan kalian.
Kemudian saya memandang ‘Umar, matanya sudah membulat memandangku, lalu dia berkata: Hai musuh Allah! Berani engkau berbicara dan melakukan kepada Rasulullah SAW seperti yang aku dengar? Engkau perlakukan kepadanya seperti yang aku lihat. Demi yang mengutuskan Baginda dengan kebenaran, kalaulah tidak kerana aku takut sesuatu akan terlepas, sudah tentu aku hayunkan sahaja pedangku ini ke kepalamu!
Rasulullah SAW memandang ‘Umar dengan penuh tenang, seraya berkata, “Wahai ‘Umar, kami lebih perlukan perkara lain daripada pertelingkahan lain. Iaitu kamu memenuhi permintaanku, dan ikuti dia dengan baik. Pergilah ikuti dia, dan tunaikan haknya. Tambahkan 20 bekas tamar lagi untuknya.”
‘Umar pun memenuhi arahan Nabi SAW, dan menunaikan hakku, lalu ditambah 20 bekas tamar lagi. Saya bertanya, “Wahai‘Umar, tambahan apakah ini?” ‘Umar menjawab: Rasulullah SAW yang suruh sebagai balasan aku menakutkan kamu.
Saya bertanya: Kau kenal akukah? ‘Umar menjawab: Tidak, engkau siapa? Saya memberitahu: Aku Zaid bin Sa‘nah. ‘Umar bertanya: Kau pendeta Yahudi? Saya memberitahu: Ya, aku pendeta Yahudi. ‘Umar bertanya: Habis itu, apakah yang membuatkan engkau buat dan berkata dengan Rasulullah dengan cara yang kasar sebegitu?
Saya menjelaskan: Wahai ‘Umar, semua alamat kenabian yang aku tahu, aku sudah lihat pada wajah Nabi SAW. Kecuali dua petanda, kelembutannya mengatasi ketidaktahuannya, dan ketidaktahuannya hanya menambahkan kelembutan. Sekarang aku sudah dapat saksikannya. Aku bersaksi kepadamu wahai ‘Umar, bahawa aku reda Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad sebagai Nabi. Aku bersaksi kepadamu, bahawa separuh daripada hartaku dan aku orang yang paling banyak harta dalam kalangan Yahudi ialah sedekah buat umat Muhammad.
‘Umar berkata: Sebahagian daripada sahaja, kerana kau tidak akan sanggup beri kesemua mereka. Saya bersetuju: Sebahagian sahaja. Kemudian ‘Umar dan saya pun pulang bertemu Rasulullah SAW, lalu saya berkata: Saya bersaksi bahawa tiada yang berhak untuk disembah selain Allah, dan saya bersaksi bahawa Muhammad ialah hamba-Nya dan pesuruh-Nya SAW.
Zaid kemudian beriman dengan Nabi SAW, membenarkan baginda, berjanji setia dengan baginda, dan menyertai banyak peristiwa peperangan bersama Baginda. Zaid kemudiannya wafat dalam pertempuran Tabuk ketika tetap berjuang, bukan ketika melarikan diri dari medan. Semoga Allah mengasihani Zaid.
 [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1685]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs