Daif

30/06/2024

minit bacaan



Zahirkanlah kasih sayang kepada mereka yang menyayangi kamu

Teks Bahasa Arab

أبْدِ المودةَ لمنْ وادَّكَ ؛ فإنها أثبتُ.

Teks Bahasa Melayu

Zahirkanlah kasih sayang kepada mereka yang menyayangi kamu kerana sesungguhnya ia akan (menjadikan kasih sayang itu) lebih kukuh.

Sahabat Perawi

  1. Abū Ḥumayd al-Sā‘idī RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 46, hadis no. 185. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي حميد الساعدي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أبد المودة لمن وادك؛ فإنها أثبت)). [ابن أبي الدنيا في ((الإخوان))، الحارث، ((الضعيفة)) (3498)]

(Daif) Daripada Abū Ḥumayd al-Sā‘idī RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Zahirkanlah kasih sayang kepada mereka yang menyayangi kamu kerana sesungguhnya ia akan (menjadikan kasih sayang itu) lebih kukuh. [Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Ikhwān, al-Ḥārith ibn Abū Usāmah dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3498]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.