Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Zahirkan azan di rumah-rumah kamu

Teks Bahasa Arab

حديث: أظهروا الأذان في بيوتكم ومروا [به] نساءكم فإنه مطردة للشيطان ونماء في الرزق.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Zahirkan azan di rumah-rumah kamu dan perintahkan dengannya isteri-isteri kamu kerana sesungguhnya azan di rumah boleh menghalau syaitan dan menyuburkan rezeki.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 21, hadis no. 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: كذاب.

Di dalam sanadnya terdapat pendusta hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.