Yazid! Tiada keberkatan Allah bagi Yazid. Seorang yang kuat mencela dan melaknat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال: يزيد! لا بارك الله في يزيد، الطعان اللعان. أما إنه نعي إلي حبيبي حسين أتيت بتربته، ورأيت قاتله، أما إنه لا يقتل بين ظهراني قوم ولا ينصرونه إلا عمهم الله بعقاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bahawa Nabi SAW bersabda: Yazid! Tiada keberkatan Allah bagi Yazid, seorang yang kuat mencela dan melaknat. Sesungguhnya telah dikhabarkan kepadaku kekasihku Husain aku didatangkan dengan kuburnya, dan aku melihat pembunuhnya. Sesungguhnya dia tidak dibunuh di antara suatu kaum namun mereka tidak menolongnya, kecuali Allah akan menimpakan azab kepada mereka semua.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 419, hadis nombor 183. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع، واضعة عمر بن علي بن مالك الأشناني. وقد روى نحوه أبو الشيخ في الفتن وطوله.

Ia palsu. Ia direka oleh Umar bin Ali bin Malik al-Asynani. Abu al-Syaikh meriwayatkan seumpama itu dalam al-Fitan dan dia memanjangkannya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs