Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الشَّرودُ يُردُّ . يَعني البعيرَ الشَّرودَ.
Teks Bahasa Melayu
Yang terlepas (mestilah) dikembalikan. Iaitu unta yang terlepas.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 610, hadis no. 3169. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الشرود يرد. يعني البعير الشرود)). [ع، قط، هق، ((الضعيفة)) (3756)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Yang terlepas (mesti) dikembalikan. Iaitu unta yang terlepas.)) [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadya, al-Daraqutni dalam Sunannya dan al-Baihaqi al-Sunan al-Kubra . Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3756].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman