Yang paling mudah dalam agama ini ialah: Persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah

TEKS BAHASA ARAB

ألين هذا الدين شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله، وأشده أخا العالية الأمانة، إنه لا دين لمن لا أمانة له ولا صلاة ولا زكاة. يا أخا العالية إنه من أصاب مالا حراما فلبس جلبابا – يعني قميصا – لم تقبل صلاته حتى ينحي ذلك الجلباب عنه، إن الله تبارك وتعالى أكرم وأجل يا أخا العالية من أن يتقبل عمل رجل أو صلاته وعليه جلباب حرام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Yang paling mudah dalam agama ini ialah: Persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Dan yang paling sukar dalam agama ini -wahai saudara al-‘Āliyah- ialah: Amanah, sesungguhnya tiada agama bagi mereka yang tidak memiliki sifat amanah, serta tiada solat, dan tiada zakat (yakni tidak diterima amalan mereka). Wahai saudara al-‘Āliyah, sesungguhnya sesiapa yang mengambil harta dari perkara haram lalu dia memakai jilbab (hasil dari sumber haram tersebut) -iaitu: pakaian-; maka tidak akan diterima solatnya sehingga dia menanggalkan jilbab itu dari dirinya. Sesungguhnya Allah Tabāraka Wa Ta‘ālā terlalu mulia dan agung -wahai saudara al-‘Āliyah- berbanding untuk menerima amalan seseorang atau solatnya dalam keadaan dia memakai pakaian yang haram.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 146, hadis nombor 733. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جداً) عن علي رضي الله عنه، قال: كنا جلوساً مع رسول الله صلى الله عليه وسلم، فطلع علينا رجل من أهل العالية فقال: يا رسول الله، أخبرني بأشد شيء في هذا الدين وألينه. قال: ((ألينه: شهادة أن لا إله إلا الله، وأن محمداً رسول الله. وأشدُّه -أخا العالية!-: الأمانة، إنه لا دين لمن لا أمانة له، ولا صلاة، ولا زكاة. يا أخا العالية! إنه من أصاب مالاً من حرام، فلبس جلباباً -يعني: قميصاً-؛ لم تقبل صلاته حتى ينحي ذلك الجلباب عنه، إن الله تبارك وتعالى أكرم وأجل -يا أخا العالية!- من أن يتقبل عمل رجل أو صلاته وعليه جلباب من حرام)). [البزار، والشجري، ((الضعيفة)) (6671)]

(Sangat Munkar)
Daripada ‘Alī RA, beliau berkata: Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, dan tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki dari kalangan Ahli al-‘Āliyah, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku tentang sesuatu yang paling sukar dan yang paling mudah dalam agama ini. Baginda bersabda: Yang paling mudah dalam agama ini ialah: Persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Dan yang paling sukar dalam agama ini -wahai saudara al-‘Āliyah- ialah: Amanah, sesungguhnya tiada agama bagi mereka yang tidak memiliki sifat amanah, serta tiada solat, dan tiada zakat (yakni tidak diterima amalan mereka). Wahai saudara al-‘Āliyah, sesungguhnya sesiapa yang mengambil harta dari perkara haram lalu dia memakai jilbab (hasil dari sumber haram tersebut) -iaitu: pakaian-; maka tidak akan diterima solatnya sehingga dia menanggalkan jilbab itu dari dirinya. Sesungguhnya Allah Tabāraka Wa Ta‘ālā terlalu mulia dan agung -wahai saudara al-‘Āliyah- berbanding untuk menerima amalan seseorang atau solatnya dalam keadaan dia memakai pakaian yang haram.
[Riwayat al-Bazzār dalam al-Baḥr al-Zukhār, dan al-Syajarī dalam al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6671]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs