Yang paling mudah dalam agama ini ialah penyaksian bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah

TEKS BAHASA ARAB

ألين هذا الدين: شهادة أن لا إله إلا الله، وأن محمدا رسول الله. وأشده – أخا العالية -: الأمانة، إنه لا دين لمن لا أمانة له، ولا صلاة ولا زكاة. يا أخا العالية! إنه من أصاب مالا من حرام، فلبس جلبابا – يعني: قميصا – لم تقبل صلاته حتى ينحي ذلك الجلباب عنه، إن الله – تبارك وتعالى – أكرم وأجل – يا أخا العالية – من أن يتقبل عمل رجل أو صلاته وعليه جلباب من حرام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Yang paling mudah dalam agama ini ialah penyaksian bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Manakala yang paling berat pula wahai saudara (dari daerah) al-‘Aliyah, ialah amanah. Sesungguhnya tiada agama bagi orang yang tiada amanah baginya, tidak juga solat dan tidak juga zakat. Wahai saudara (dari daerah) al-‘Aliyah! Sesungguhnya sesiapa yang mendapatkan harta daripada sumber yang haram, lalu dia memakai suatu jubah – iaitu baju – nescaya tidak akan diterima solatnya sehingga dia melucutkan jubah itu daripada tubuhnya. Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Meninggi itu lebih mulia dan lebih agung wahai saudara (dari daerah) al-‘Aliyah, untuk menerima amalan atau solat seseorang dalam keadaan dia memakai jubah yang haram.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 367, hadis nombor 1957. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جداً) عن علي – رضي الله عنه -، قال: كنا جلوساً مع رسول الله ﷺ فطلع علينا رجل من أهل العالية، فقال: يا رسول الله! أخبرني بأشد شيء في هذا الدين وألينه. قال: «ألينه: شهادة أن لا إله إلا الله، وأن محمدا رسول الله. وأشده – أخا العالية -: الأمانة، إنه لا دين لمن لا أمانة له، ولا صلاة ولا زكاة. يا أخا العالية! إنه من أصاب مالا من حرام، فلبس جلبابا – يعني: قميصا – لم تقبل صلاته حتى ينحي ذلك الجلباب عنه، إن الله – تبارك وتعالى – أكرم وأجل – يا أخا العالية – من أن يتقبل عمل رجل أو صلاته وعليه جلباب من حرام». [البزار، الشجري، «الضعيفة» (6671)].

(Sangat Munkar) Daripada Ali RA, beliau berkata: Kami pernah duduk bersama Rasulullah ﷺ, tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki daripada penduduk daerah al-‘Aliyah, lalu dia berkata: "Wahai Rasulullah! Beritahu kepadaku perkara paling berat dan paling mudah dalam agama ini". Baginda menjawab: "Yang paling mudah dalam agama ini ialah penyaksian bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Manakala yang paling berat pula wahai saudara (dari daerah) al-‘Aliyah, ialah amanah. Sesungguhnya tiada agama bagi orang yang tiada amanah baginya, tidak juga solat dan tidak juga zakat. Wahai saudara (dari daerah) al-‘Aliyah! Sesungguhnya sesiapa yang mendapatkan harta daripada sumber yang haram, lalu dia memakai suatu jubah – iaitu baju – nescaya tidak akan diterima solatnya sehingga dia melucutkan jubah itu daripada tubuhnya. Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Meninggi itu lebih mulia dan lebih agung wahai saudara (dari daerah) al-‘Aliyah, untuk menerima amalan atau solat seseorang dalam keadaan dia memakai jubah yang haram". [Riwayat al-Bazzar dan al-Shajari. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6671].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs