Yang paling lambat dalam satu golongan itu ialah tunggangan ketua mereka

TEKS BAHASA ARAB

أقطف القوم دابة أميرهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Yang paling lambat dalam satu golongan itu ialah tunggangan ketua mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 398, hadis nombor 2131. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن شبيب بن شيبة، قال: كنت أسير في موكب أبي جعفر أمير المؤمنين، فقلت: يا أمير المؤمنين! رويدا فإني أمير عليك! قال: ويلك؛ أمير علي؟! قلت: نعم؛ حدثني معاوية بن قرة، قال: قال رسول الله ﷺ: «أقطف القوم دابة أميرهم». فقال أبو جعفر: أعطوه دابة، فهو أهون علينا من أن يتأمر علينا. [خط، «الضعيفة» (2994)].

(Lemah) Daripada Shabib bin Shaybah, beliau berkata: Suatu ketika aku merupakan seorang tawanan bersama angkatan Amirulmukminin Abu Ja’far, lalu aku berkata: “Wahai Amirulmukminin, perlahan-lahanlah kerana sesungguhnya aku adalah ketua kamu!”. Beliau membalas: “Malang kamu. Ketua kepadaku?”. Aku berkata: “Benar, Mu’awiyah bin Qurrah menceritakan kepadaku, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Yang paling lambat dalam satu golongan itu ialah tunggangan ketua mereka”. Maka Abu Ja’far berkata: “Berikan dia seekor binatang tunggangan kerana itu lebih ringan bagi kita daripada dia menjadi ketua kita”. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2994].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs