Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَقْطَفُ الْقَوْمِ دَابَّةً أَمِيرُهُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Yang paling lambat dalam satu golongan itu ialah tunggangan ketua mereka.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 398, hadis no. 2131. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Shabib bin Shaybah, beliau berkata: Suatu ketika aku merupakan seorang tawanan bersama angkatan Amirulmukminin Abu Ja'far, lalu aku berkata: "Wahai Amirulmukminin, perlahan-lahanlah kerana sesungguhnya aku adalah ketua kamu!". Beliau membalas: "Malang kamu. Ketua kepadaku?". Aku berkata: "Benar, Mu’awiyah bin Qurrah menceritakan kepadaku, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Yang paling lambat dalam satu golongan itu ialah tunggangan ketua mereka". Maka Abu Ja'far berkata: "Berikan dia seekor binatang tunggangan kerana itu lebih ringan bagi kita daripada dia menjadi ketua kita". [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2994].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman