Yang paling jahat dalam kalangan kalian ialah guru anak-anak kalian

TEKS BAHASA ARAB

شراركم معلموا صبيانكم أقلهم رحمة على اليتيم وأغلظهم على المساكين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Yang paling jahat dalam kalangan kalian ialah guru anak-anak kalian. Mereka ialah orang yang paling kurang sifat rahmat pada anak yatim dan orang yang paling keras dengan orang miskin.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«شِرَارُكُمْ مُعَلِّمُوا صِبْيَانِكُمْ أَقَلُّهُمْ رَحْمَةً عَلَى الْيَتِيمِ وَأَغْلَظُهُمْ عَلَى الْمَسَاكِينِ» مَوْضُوع.

Maksudnya: “Yang paling jahat dalam kalangan kalian ialah guru anak-anak kalian. Mereka ialah orang yang paling kurang sifat rahmat pada anak yatim dan orang yang paling keras dengan orang miskin.”
Hadis ini adalah palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs