Yang paling berhak untuk kamu solatkan (jenazah) ke atasnya adalah anak-anak kamu

TEKS BAHASA ARAB

أحق ما صليتم عليه أطفالكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Yang paling berhak untuk kamu solatkan (jenazah) ke atasnya adalah anak-anak kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1727, hadis nombor 8686. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن البراء بن عازب، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أحق ما صليتم عليه أطفالكم.)) [ الطحاوي، هق، ((الضعيفة)) (2105)].

(Lemah)
Daripada Barra’ bin ‘Azib RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Yang paling berhak untuk kamu solatkan (jenazah) ke atasnya adalah anak-anak kamu.))
[Riwayat al-Tahawi dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah 2105].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs