Yang mengetuai orang ramai pada makanan ialah pemimpin atau tuan makanan atau yang terbaik daripada kalangan mereka

TEKS BAHASA ARAB

يؤم الناس في الطعام الإمام، أو رب الطعام، أو خيرهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Yang mengetuai orang ramai pada makanan ialah pemimpin atau tuan makanan atau yang terbaik daripada kalangan mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 240, hadis nombor 1258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ثوبان أبي ثابت، قال: أن رسول الله ﷺ أتي بطعام فقال: «يؤم الناس في الطعام الإمام، أو رب الطعام، أو خيرهم». ثم أخذ بيد أبي عبيدة ابن الجراح، ورأوا (الأصل: وراد) أن النبي ﷺ كان يومئذ صائماً. [ابن عساكر، «الضعيفة» (6281)].

(Munkar) Daripada Thawban Abu Thabit, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ telah didatangkan dengan makanan, lalu baginda bersabda: "Yang mengetuai orang ramai pada makanan ialah pemimpin atau tuan makanan atau yang terbaik daripada kalangan mereka", lalu baginda memegang tangan Abu ‘Ubaydah bin al-Jarrah. Mereka juga menyaksikan (asalnya: dia menyelidiki) bahawa Nabi ﷺ berpuasa pada hari tersebut. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6281].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.