Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يأجوجُ أمةٌ، ومأجوجُ أمةٌ، كلُّ أمةٍ أربعُ مئةِ ألفٍ، لا يموت الرجلُ حتى ينظر إلى ألفِ ذَكَرٍ بين يديه من صُلبِه، كلٌّ قد حمل السلاحَ. قلتُ: يا رسولَ اللهِ! صِفْهم لنا. قال: هم ثلاثةُ أصنافٍ: صِنفٌ منهم أمثالُ الأَرزِ. قلتُ: وما الأَرزُ؟ قال: شجرٌ بالشامِ، طولُ الشجرةِ عشرونَ ومئةُ ذراعٍ في السماءِ، فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم: هؤلاءِ الذين لا يقومُ لهم جبلٌ ولا حديدٌ. وصِنفٌ منهم يفترِشُ بأذنِه، ويلتحِفُ بالأخرى، لا يمُرُّونَ بفيلٍ ولا وحشٍ ولا جملٍ ولا خنزيرٍ إلا أكلوه، ومن مات منهم أكلوه، مُقَدِّمتُهم بالشامِ، وساقتُهم بِخُراسانَ، يشربونَ أنهارَ المشرِقِ، وبحيرةَ طبَرِيَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Yakjuj adalah satu umat dan Makjuj juga adalah satu umat. Setiap umat mempunyai seramai 400 ribu. Seseorang lelaki tersebut tidak akan mati hinggalah dia melihat 1000 lelaki berada di hadapannya yang berasal daripada sulbinya, setiap mereka membawa senjata. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Sebutkan ciri-ciri mereka kepada kami. Baginda bersabda: Mereka ada tiga kelompok; Satu kelompok dalam kalangan mereka adalah seperti pohon aruz (beras). Aku pun bertanya: Apakah itu pohon aruz? Baginda menjawab: Satu pohon di Syam, tinggi pohon tersebut 120 hasta di langit. Rasulullah SAW bersabda: Mereka adalah orang-orang yang tidak dapat ditandingi oleh gunung dan besi. Satu golongan dalam kalangan mereka pula boleh tidur bertilamkan telinganya dan telinga sebelah lagi pula menjadi selimut. Tidak seekor pun gajah, binatang buas, unta, dan khinzir yang melintasi melainkan mereka memakannya, begitu juga orang yang mati dalam kalangan mereka, pangkal kumpulan mereka di Syam dan hujung kumpulan mereka di Khurasan. Mereka meminum sungai-sungai di timur dan tasik Tabariyyah.
Sahabat Perawi
- Huzaifah bin al-Yaman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1342, hadis no. 6858. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA telah berkata: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW berkenaan Yakjuj dan Makjuj, Baginda bersabda: Yakjuj adalah satu umat dan Makjuj juga adalah satu umat. Setiap umat mempunyai seramai 400 ribu. Seseorang lelaki tersebut tidak akan mati hinggalah dia melihat 1000 lelaki berada di hadapannya yang berasal daripada sulbinya, setiap mereka membawa senjata. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Sebutkan ciri-ciri mereka kepada kami. Baginda bersabda: Mereka ada tiga kelompok; Satu kelompok dalam kalangan mereka adalah seperti pohon aruz (beras). Aku pun bertanya: Apakah itu pohon aruz? Baginda menjawab: Satu pohon di Syam, tinggi pohon tersebut 120 hasta di langit. Rasulullah SAW bersabda: Mereka adalah orang-orang yang tidak dapat ditandingi oleh gunung dan besi. Satu golongan dalam kalangan mereka pula boleh tidur bertilamkan telinganya dan telinga sebelah lagi pula menjadi selimut. Tidak seekor pun gajah, binatang buas, unta, dan khinzir yang melintasi melainkan mereka memakannya, begitu juga orang yang mati dalam kalangan mereka, pangkal kumpulan mereka di Syam dan hujung kumpulan mereka di Khurasan. Mereka meminum sungai-sungai di timur dan tasik Tabariyyah. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', Ibn al-Jawzi, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Wahidi dalam al-Tafsir, 'Abd al-Ghaniy dalam al-Thalith wa al-Tis'in min Juz'ihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4143]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman