Yakjuj adalah satu umat dan Makjuj adalah satu umat

TEKS BAHASA ARAB

يأجوج أمة، ومأجوج أمة، كل أمة أربع مئة ألف، لا يموت الرجل حتى ينظر إلى ألف ذكر بين يديه من صلبه، كل قد حمل السلاح . قلت : يا رسول الله ! صفهم لنا . قال : هم ثلاثة أصناف : صنف منهم أمثال الأرز . قلت : وما الأرز ؟ قال : شجر بالشام، طول الشجرة عشرون ومئة ذراع في السماء، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : هؤلاء الذين لا يقوم لهم جبل ولا حديد . وصنف منهم يفترش بأذنه، ويلتحف بالأخرى، لا يمرون بفيل ولا وحش ولا جمل ولا خنزير إلا أكلوه، ومن مات منهم أكلوه، مقدمتهم بالشام، وساقتهم بخراسان، يشربون أنهار المشرق، وبحيرة طبرية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Yakjuj adalah satu umat dan Makjuj adalah satu umat. Setiap umat mempunyai seramai 400 ribu. Seorang lelaki tersebut tidak akan mati hinggalah dia melihat 1000 lelaki berada di hadapannya yang berasal daripada sulbinya, kesemuanya telah membawa senjata. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Sebutkan ciri-ciri mereka kepada kami. Baginda bersabda: Mereka ada tiga kelompok; Satu kelompok dalam kalangan mereka adalah seperti pohon aruz. Aku pun bertanya: Apakah itu pohon aruz? Baginda menjawab: Satu pohon di Syam, tinggi pohon tersebut 120 hasta di langit. Rasulullah SAW bersabda: Mereka adalah orang-orang yang tidak dapat ditandingi oleh gunung dan besi. Satu golongan dalam kalangan mereka pula boleh tidur bertilamkan telinganya dan telinga sebelah lagi pula menjadi selimut. Tidak seekor pun gajah, binatang buas, unta, dan khinzir yang melintasi melainkan mereka memakannya, begitu juga orang yang mati dalam kalangan mereka, mereka memakannya. Pangkal kumpulan mereka di Syam dan hujung kumpulan mereka di Khurasan. Mereka meminum sungai-sungai di timur dan tasik Tabariyyah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1857, hadis nombor 9373. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن حذيفة بن اليمان -رضي الله عنه-، قال: سأَلتُ رسول الله ﷺ عن يأجوج ومأجوج؟ قال: ((يأجوجُ أمةٌ، ومأجوجُ أمةٌ، كلُّ أمةٍ أربعُ مئةِ ألفٍ، لا يموت الرجلُ حتى ينظر إلى ألفِ ذَكَرٍ بين يديه من صُلبِه، كلٌّ قد حمل السلاحَ . قلتُ : يا رسولَ اللهِ ! صِفْهم لنا . قال : هم ثلاثةُ أصنافٍ : صِنفٌ منهم أمثالُ الأَرزِ . قلتُ : وما الأَرزُ ؟ قال : شجرٌ بالشامِ، طولُ الشجرةِ عشرونَ ومئةُ ذراعٍ في السماءِ، فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم : هؤلاءِ الذين لا يقومُ لهم جبلٌ ولا حديدٌ . وصِنفٌ منهم يفترِشُ بأذنِه، ويلتحِفُ بالأخرى، لا يمُرُّونَ بفيلٍ ولا وحشٍ ولا جملٍ ولا خنزيرٍ إلا أكلوه، ومن مات منهم أكلوه، مُقَدِّمتُهم بالشامِ، وساقتُهم بِخُراسانَ، يشربونَ أنهارَ المشرِقِ، وبحيرةَ طبَرِيَّةَ)).
[عد، ابن الجوزي، طس، الواحدي في التفسير، عبدالغني المقدسي في ((جزئه))، ((الضعيفة))، (4143)].

(Palsu) Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA, beliau berkata: Aku bertanya Rasulullah SAW tentang Yakjuj dan Makjuj. Baginda berkata: Yakjuj adalah satu umat dan Makjuj adalah satu umat. Setiap umat mempunyai seramai 400 ribu. Seorang lelaki tersebut tidak akan mati hinggalah dia melihat 1000 lelaki berada di hadapannya yang berasal daripada sulbinya, kesemuanya telah membawa senjata. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Sebutkan ciri-ciri mereka kepada kami. Baginda bersabda: Mereka ada tiga kelompok; Satu kelompok dalam kalangan mereka adalah seperti pohon aruz. Aku pun bertanya: Apakah itu pohon aruz? Baginda menjawab: Satu pohon di Syam, tinggi pohon tersebut 120 hasta di langit. Rasulullah SAW bersabda: Mereka adalah orang-orang yang tidak dapat ditandingi oleh gunung dan besi. Satu golongan dalam kalangan mereka pula boleh tidur bertilamkan telinganya dan telinga sebelah lagi pula menjadi selimut. Tidak seekor pun gajah, binatang buas, unta, dan khinzir yang melintasi melainkan mereka memakannya, begitu juga orang yang mati dalam kalangan mereka, mereka memakannya. Pangkal kumpulan mereka di Syam dan hujung kumpulan mereka di Khurasan. Mereka meminum sungai-sungai di timur dan tasik Tabariyyah.
[Riwayat Ibn ‘Adi, Ibn al-Jauzi, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat, al-Wahidi dalam kitab Tafsir dan ‘Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam kitab Juzuknya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4143].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs