Yahya bin al-Hanzaliyyah RA yang merupakan salah seorang yang berbaiah kepada Rasulullah SAW di bawah pokok. Dia merupakan seorang yang mandul tiada anak

TEKS BAHASA ARAB

والذي نفسي بيده؟! لأن يولد لي ولد في الإسلام فأحتسبه أحب إلي من الدنيا وما فيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi nyawaku yang berada di tanganNya, aku mendapat seorang anak yang dilahirkan dalam Islam kemudian aku mengharapkan pahala lebih aku cintai daripada dunia dan seisinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 964, hadis nombor 4973. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن يحيى بن الحنظلية – رضي الله عنه – وكان ممن بايع رسول الله ﷺ تحت الشجرة، وكان عقيما لا يولد له، فقال: ((والذي نفسي بيده، لأن يولد لي ولد في الإسلام فأحتسبه أحب إلي من الدنيا وما فيها)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) 6219].

(Palsu)
Daripada Yahya bin al-Hanzaliyyah RA yang merupakan salah seorang yang berbaiah kepada Rasulullah SAW di bawah pokok (al-Ridhwan). Dia merupakan seorang yang mandul tiada anak. Dia berkata: Demi nyawaku yang berada di tanganNya, aku mendapat seorang anak yang dilahirkan dalam Islam kemudian aku mengharapkan pahala lebih aku cintai daripada dunia dan seisinya.
[Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6219].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs