Yahudi dan Nasrani telah ditanya berkenaan Musa

TEKS BAHASA ARAB

سئلت اليهود عن موسى؟ فأكثروا [فيه] وزادوا ونقصوا؛ حتى كفروا. وسئلت النصارى عن عيسى؟ فأكثروا فيه وزادوا ونقصوا؛ حتى كفروا. وإنه سيفشو عني أحاديث، فما أتاكم من حديثي؛ فأقرأوا كتاب الله واعتبروه، فما وافق كتاب الله؛ فأنا قلته، وما لم يوافق كتاب الله؛ فلم أقله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Yahudi telah ditanya berkenaan Musa? Mereka pun banyak berbicara tentang Musa, mereka menambah dan mengurangkan (hal yang sebenar) hingga mereka kufur. Nasrani juga ditanya tentang ‘Isa, lalu mereka banyak berbicara tentang ‘Isa lalu mereka menokok tambah dan mengurangkan hingga mereka kufur. Dan sesungguhnya akan tersebar hadith-hadith daripadaku, jika telah datang kepadamu sebahagian hadithku, maka bacalah Kitab Allah dan ambillah iktibar, apa yang menepati Kitab Allah, maka aku mengatakannya dan apa yang tidak menepati Kitab Allah maka aku tidak pernah mengatakannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1287, hadis nombor 6587. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سئلت اليهود عن موسى؟ فأكثروا [فيه] وزادوا ونقصوا؛ حتى كفروا. وسئلت النصارى عن عيسى؟ فأكثروا فيه وزادوا ونقصوا؛ حتى كفروا. وإنه سيفشو عني أحاديث، فما أتاكم من حديثي؛ فأقرأوا كتاب الله واعتبروه، فما وافق كتاب الله؛ فأنا قلته، وما لم يوافق كتاب الله؛ فلم أقله.
[طب، ((الضعيفة)) (5439)]

(Munkar)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Umar RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Yahudi telah ditanya berkenaan Musa? Mereka pun banyak berbicara tentang Musa, mereka menambah dan mengurangkan (hal yang sebenar) hingga mereka kufur. Nasrani juga ditanya tentang ‘Isa, lalu mereka banyak berbicara tentang ‘Isa lalu mereka menokok tambah dan mengurangkan hingga mereka kufur. Dan sesungguhnya akan tersebar hadith-hadith daripadaku, jika telah datang kepadamu sebahagian hadithku, maka bacalah Kitab Allah dan ambillah iktibar, apa yang menepati Kitab Allah, maka aku mengatakannya dan apa yang tidak menepati Kitab Allah maka aku tidak pernah mengatakannya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5439]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs