Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Yahudi bercita-cita mahu melakukan pengkhianatan

Teks Bahasa Arab

همَّتْ يهودُ بالغدرِ فأخبرني اللهُ بذلك؛ فقمتُ.

Teks Bahasa Melayu

Yahudi bercita-cita mahu melakukan pengkhianatan, lalu Allah memberitahuku perihal perkara ini. Maka aku pun mengambil tindakan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1060, hadis no. 5416. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) همت يهود بالغدر فأخبرني الله بذلك فقمت. [أورده ابن سعد بغير إسناد، وكذا البيهقي في دلائل النبوة، الواقدي، الضعيفة 4866]

(Lemah) Yahudi bercita-cita mahu melakukan pengkhianatan, lalu Allah memberitahuku perihal perkara ini. Maka aku pun mengambil tindakan. [Dinukilkan oleh Ibn Sa‘d tanpa sanad, begitu juga al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah dan al-Waqidi dalam al-Maghazi. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (4866)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.