Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ربِّ اغفرْ وارحمْ، واهدني السبيلَ الأقومَ.
Teks Bahasa Melayu
Ya Tuhan! Ampunkanlah aku dan rahmatilah aku serta tunjukkan aku jalan yang paling lurus.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1478, hadis no. 7538. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم سلمة - رضي الله عنه -، قالت: كان - صلى الله عليه وسلم - إذا تعار من الليل، قال: ((رب اغفر وارحم، واهدني السبيل الأقوم)). [ابن نصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (4179)]
(Lemah) Daripada Ummu Salamah RA, katanya: Kebiasaannya Baginda SAW apabila terjaga pada waktu malam, Baginda membaca: Ya Tuhan! Ampunkanlah aku dan rahmatilah aku serta tunjukkan aku jalan yang paling lurus. [Riwayat Ibn Nasr dalam Qiyam al-Lail. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4179]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman