Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ya Tuhan! Ampunilah aku dan rahmatilah aku serta tunjukkan aku jalan yang paling lurus

Teks Bahasa Arab

ربِّ اغفِر وارحَم، واهدِني السَّبيلَ الأقوَمَ.

Teks Bahasa Melayu

Ya Tuhan! Ampunilah aku dan rahmatilah aku serta tunjukkan aku jalan yang paling lurus.

Sahabat Perawi

  1. Ummi Salamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1463, hadis no. 7448. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة - رضي الله عنها -: أن رسول الله ﷺ كان يقول: ((رب اغفر وارحم، واهدني السبيل الأقوم)). [حم، ع، ((الضعيفة)) (3634)]

(Lemah) Daripada Ummi Salamah RA bahawa Rasulullah SAW sentiasa mengucapkan: Ya Tuhan! Ampunilah aku dan rahmatilah aku serta tunjukkan aku jalan yang paling lurus. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad, Abu Ya'la dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3634]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.