Ya, sesungguhnya bapa saudara sebelah ibu umpama bapa sendiri

TEKS BAHASA ARAB

إنما الخال والد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya, sesungguhnya bapa saudara sebelah ibu umpama bapa sendiri.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1109, hadis nombor 5616. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن عمير بن وهب خال النبي صلى الله عليه وسلم قال: جاء يعني: عميرًا والنبي صلى الله عليه وسلم قاعد فبسط له رداءه فقال: أجلس على ردائك يا رسول الله؟ قال: نعم، فإنما الخال والد. [الخرائطي في مكارم الأخلاق، الضعيفة (7126)].

(Lemah) Daripada Muhammad bin ‘Umair bin Wahb, bapa saudara Nabi SAW sebelah ibu, menceritakan: Ayahku datang kepada Nabi SAW, ketika itu Baginda sedang duduk. Baginda membentangkan kain Baginda untuk beliau. Maka ayahku bertanya: Adakah aku boleh duduk atas kain kamu ini, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Ya, sesungguhnya bapa saudara sebelah ibu umpama bapa sendiri. [Riwayat al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlaq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7126]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs