TEKS BAHASA ARAB
نعم تقبل الله منا ومنك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ya, semoga Allah menerima amalan kami dan kamu.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1153, hadis nombor 5828. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن واثلة بن الأسقع – رضي الله عنه قال: لقيت النبي صلى الله عليه وسلم في يوم عيد فقلتُ: يا رسول الله تقبل الله منا ومنك. قال: نعم تقبل الله منا ومنك. [عد، هق، الموصلي في حديثه، الضعيفة (5666)]
(Sangat lemah) Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku telah bertemu dengan Nabi SAW pada hari raya, lalu aku berkata: Wahai Rasulullah! Moga Allah menerima amalan kami dan amalan engkau juga. Rasulullah bersabda: Ya, semoga Allah menerima amalan kami dan kamu. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan al-Mausili dalam Hadisnya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5666]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.