Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نعم تقبل الله منا ومنك.
Teks Bahasa Melayu
Ya, semoga Allah menerima amalan kami dan kamu.
Sahabat Perawi
- Wathilah bin al-Asqa’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1153, hadis no. 5828. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن واثلة بن الأسقع - رضي الله عنه قال: لقيت النبي صلى الله عليه وسلم في يوم عيد فقلتُ: يا رسول الله تقبل الله منا ومنك. قال: نعم تقبل الله منا ومنك. [عد، هق، الموصلي في حديثه، الضعيفة (5666)]
(Sangat lemah) Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku telah bertemu dengan Nabi SAW pada hari raya, lalu aku berkata: Wahai Rasulullah! Moga Allah menerima amalan kami dan amalan engkau juga. Rasulullah bersabda: Ya, semoga Allah menerima amalan kami dan kamu. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan al-Mausili dalam Hadisnya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5666]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman