Ya, selagimana kamu tidak bertenggek di pintu orang kaya

TEKS BAHASA ARAB

نعم ما لم تقم على باب سدة أو تأتي أميرا تسأله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya, selagimana kamu tidak bertenggek di pintu orang kaya, atau meminta-meminta daripada pemimpin.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1072, hadis nombor 5465. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثوبان رضي الله عنه، قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم دعا لأهله فذكر عليًّا وفاطمة وغيرهما. فقلت: يا رسول الله من أهل البيت أنا؟ قال: نعم ما لم تقم على باب سدة أو تأتي أميرًا تسأله. [طس، الضعيفة (5366)]

(Lemah) Daripada Thawban RA, beliau menceritakan: Rasulullah SAW pernah mendoakan ahli keluarga Baginda. Baginda menyebut nama ‘Ali, Fatimah dan selain mereka berdua. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, adakah aku termasuk daripada ahli keluarga kamu? Baginda menjawab: Ya, selagimana kamu tidak bertenggek di pintu orang kaya, atau meminta-meminta daripada pemimpin. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5366]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs