Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نعم؛ ما لم تقمْ على بابِ سدةٍ، أو تأتي أميرًا تسأله.
Teks Bahasa Melayu
Ya, selagi kamu tidak berdiri di pintu pemerintahan atau meminta kedudukan daripada pemerintah.
Sahabat Perawi
- Thauban RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2043, hadis no. 10284. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Thauban RA, beliau berkata: Rasulullah SAW mendoakan keluarganya. Dalam doa itu Baginda menyebut Ali, Fatimah dan selainnya. Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah aku termasuk dalam Ahl al-Bait? Baginda menjawab: Ya, selagi kamu tidak berdiri di pintu pemerintahan atau meminta kedudukan daripada pemerintah. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5366]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman