Ya – demi bapamu! – Akan diberitahu kepada kamu

TEKS BAHASA ARAB

نعم – وأبيك! – لتنبأن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya – demi bapamu! – Akan diberitahu kepada kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 90, hadis nombor 456. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: جاء رجل إلى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقال: يا رسول الله! نبئني من أحق الناس مني بحسن الصحبة؟ فقال: نعم، -أبيك- لتنبأن، أمك. قال: ثم من؟ قال: ثم أمك. قال: ثم من؟ قال: ثم أمك. قال: ثم من؟ قال: ثم أبوك. قال: نبئني يا رسول الله! عن مالي كيف أتصدق فيه؟ قال: نعم – والله! – لتنبأن: تصدق وأنت صحيح شحيح، تأمل العيش وتخاف الفقر، ولا تمهل حتى إذا بلغت نفسك ههنا؛ قلت: مالي لفلان، ومالي لفلان، وهو لهم وإن كرهت.
[م، ه، ع، ((الضعيفة)) (4992)]

(Munkar)
Daripada Abū Hurayrah RA telah berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling berhak untuk aku berbuat baik. Baginda berkata : Ya – demi bapamu! – Akan diberitahu kepada kamu. Iaitu (orang yang paling berhak untuk kamu berbuat baik) adalah ibu kamu.Dia telah berkata: “Kemudian siapa?” Baginda SAW telah menjawab: “Kemudian ibumu.” Dia telah berkata: “Kemudian siapa?” Baginda SAW telah menjawab: “Kemudian ibumu.” Dia telah berkata: “Kemudian siapa?” Baginda SAW telah menjawab: “Kemudian ayahmu.” Dia telah berkata: “Beritahu kepadaku wahai Rasulullah, tentang hartaku bagaimanakah aku patut bersedekah padanya?” Baginda SAW telah bersabda: “Ya demi Allah, akan diberitahukan kepadamu: Bersedekahlah kamu dalam keadaan sihat dan kedekut, kamu bercita-cita untuk kehidupan dan kamu takutkan kefakiran. Dan janganlah kamu bertangguh sehingalah nyawa kamu sampai ke sini, kamu berkata: “Hartaku untuk si Polan, hartaku untuk si fulan, dan ia (harta) adalah untuk mereka sekalipun kamu tidak menyukainya”.
[Diriwayatkan oleh Muslim, Ibn Mājah, Abū Ya‘lā dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.4992]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs