Ya Allah, yang mengenyangkan kelaparan dan yang melaksanakan hajat serta mengangkat kehinaan

TEKS BAHASA ARAB

اللهم مشبع الجوعة، وقاضي الحاجة، ورافع الوضعة، لا تجع فاطمة بنت محمد – صلى الله عليه وسلم -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah, yang mengenyangkan kelaparan dan yang melaksanakan hajat serta mengangkat kehinaan, janganlah Engkau biarkan Fatimah binti Muhammad lapar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1525, hadis nombor 7756. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمران بن حصين- رضي الله عنه-، قال: كنتُ مع رسول الله صلى الله عليه وسلم قاعدا، إذ أقبلت فاطمة رحمها الله، فوفقت بين يديه، فنظرتُ إليها، وقد ذهب الدم من وجهها، وغلبت الصفرة من شدة الجوع، قال: فنظر إليها رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: ((ادني يا فاطمة!)). فدنت حتى فاطمة بين يديه، فرفع يده، فوضعها على صدرها في موضع القلادة، وفرّج بين أصابعه، ثم قال:((اللهم مشبع الجوعة، وقاضي الحاجة، ورافع الوضعة، لا تجع فاطمة بنت محمد – صلى الله عليه وسلم -)). قال عمران: فنظرتُ إليها، وقد غلب الدم على وجهها وذهبت الصفرة، كما كانت الصفرة قد غلبت غلى الدم. قال عمران: فلقيتها بعد، فسألتها؟ فقالت: ما جعتُ بعد يا عمران!. [الطبري في ((التهذيب))، طس، ((الضعيفة)) (5523)].

(Lemah)
Daripada Imran bin Husain RA, beliau berkata: Sedang aku duduk bersama Rasulullah SAW, ketika itu berjumpa dengan Fatimah (semoga Allah merahmatinya), lalu beliau berhenti di antara tangannya dan aku memandang ke arahnya. Seakan-akan darah telah hilang dari wajahnya dan menjadi kuning disebabkan terlalu lapar. Imran berkata: Lalu Rasulullah SAW memandang Fatimah dan berkata: Datang dekatlah wahai Fatimah!. Lalu beliau mendekati sehingga beliau berdiri di antara tangan Rasulullah SAW. Lalu baginda mengangkat tangannya dan meletakkannya di dada Fatimah di tempat rantai dan membuka jari jemarinya kemudian berkata: “Ya Allah, yang mengenyangkan kelaparan dan yang melaksanakan hajat serta mengangkat kehinaan, janganlah Engkau biarkan Fatimah binti Muhammad lapar.” Imran berkata: Aku memandang ke arah Fatimah dan darah telah kembali ke wajahnya serta hilanglah kekuningan sepertimana sebelum ini, yang mana kekuningan itu memenuhi mukanya lebih daripada darah. Imran pun berkata: Aku pergi berjumpanya dan bertanya kepadanya lalu Fatimah berkata: Aku tidak merasa lapar lagi wahai Imran! [Riwayat al-Tabari dalam al-Tahzib, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5523]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs