Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللَّهمَّ! مُشْبِعَ الجَوعَةِ، وقاضيَ الحاجةِ، ورافعَ الوَضعةِ، لا تُجِعْ فاطمةَ بنتَ محمَّدٍ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ.
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah, yang mengenyangkan kelaparan dan yang melaksanakan hajat serta mengangkat kehinaan, janganlah Engkau biarkan Fatimah binti Muhammad lapar.
Sahabat Perawi
- Imran bin Husain RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1525, hadis no. 7756. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Imran bin Husain RA, beliau berkata: Sedang aku duduk bersama Rasulullah SAW, ketika itu berjumpa dengan Fatimah (semoga Allah merahmatinya), lalu beliau berhenti di antara tangannya dan aku memandang ke arahnya. Seakan-akan darah telah hilang dari wajahnya dan menjadi kuning disebabkan terlalu lapar. Imran berkata: Lalu Rasulullah SAW memandang Fatimah dan berkata: Datang dekatlah wahai Fatimah!. Lalu beliau mendekati sehingga beliau berdiri di antara tangan Rasulullah SAW. Lalu baginda mengangkat tangannya dan meletakkannya di dada Fatimah di tempat rantai dan membuka jari jemarinya kemudian berkata: “Ya Allah, yang mengenyangkan kelaparan dan yang melaksanakan hajat serta mengangkat kehinaan, janganlah Engkau biarkan Fatimah binti Muhammad lapar.” Imran berkata: Aku memandang ke arah Fatimah dan darah telah kembali ke wajahnya serta hilanglah kekuningan sepertimana sebelum ini, yang mana kekuningan itu memenuhi mukanya lebih daripada darah. Imran pun berkata: Aku pergi berjumpanya dan bertanya kepadanya lalu Fatimah berkata: Aku tidak merasa lapar lagi wahai Imran! [Riwayat al-Tabari dalam al-Tahzib, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5523]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman