TEKS BAHASA ARAB
اللهم داحي المدحوات، وبارئ المسموكات، وجبار القلوب على فطراتها شقيها وسعيدها، اجعل شرائف صلواتك، ونوامي بركاتك، ورافع تحيتك على محمد عبدك ورسولك، الخاتم لما سبق، والفاتح لما أغلق…
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ya Allah yang mencorak segala bentuk, yang mencipta segala yang tinggi, yang menguasai jiwa-jiwa atas fitrahnya, sama ada yang sengsara atau pun yang bahagia; jadikanlah selawat-Mu yang mulia, keberkatan-Mu yang bercambah, dan penghormatan-Mu yang tinggi buat Muhammad hamba-Mu dan rasul-Mu, yang menjadi penutup bagi yang telah lalu, dan pembuka bagi apa yang tertutup…
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 565, hadis nombor 2929. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سلامة الكندي، قال: كان علي – رضي الله عنه – يعلم الناس الصلاة على نبي الله يقول: «اللهمَّ داحي المَدْحُوَّاتِ، وبارئَ المسموكاتِ، وجبارَ القلوبِ على فطراتِها شقيِّها وسعيدِها، اجعلْ شرائفَ صلواتِكَ، ونواميَ بركاتِكَ، ورافعَ تحيَّتِكَ على محمدٍ عبدِكَ ورسولِكَ، الخاتمِ لما سَبَقَ، والفاتحِ لما أُغلقَ…» الحديث بطوله. [طس، ((الضعيفة)) (6544)].
(Munkar) Daripada Salamah al-Kindī, beliau berkata: Alī RA pernah mengajarkan orang-orang selawat ke atas Nabi Allah dengan berkata: “Ya Allah yang mencorak segala bentuk, yang mencipta segala yang tinggi, yang menguasai jiwa-jiwa atas fitrahnya, sama ada yang sengsara atau pun yang bahagia; jadikanlah selawat-Mu yang mulia, keberkatan-Mu yang bercambah, dan penghormatan-Mu yang tinggi buat Muhammad hamba-Mu dan rasul-Mu, yang menjadi penutup bagi yang telah lalu, dan pembuka bagi apa yang tertutup…” (hingga tamat) hadis ini seluruhnya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6544].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.