Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Ya Allah yang mencorak segala bentuk, yang mencipta segala yang tinggi, yang menguasai jiwa-jiwa atas fitrahnya, sama ada yang sengsara atau pun yang bahagia

Teks Bahasa Arab

اللهمَّ داحي المَدْحُوَّاتِ، وبارئَ المسموكاتِ، وجبارَ القلوبِ على فطراتِها شقيِّها وسعيدِها، اجعلْ شرائفَ صلواتِكَ، ونواميَ بركاتِكَ، ورافعَ تحيَّتِكَ على محمدٍ عبدِكَ ورسولِكَ، الخاتمِ لما سَبَقَ، والفاتحِ لما أُغلقَ...

Teks Bahasa Melayu

Ya Allah yang mencorak segala bentuk, yang mencipta segala yang tinggi, yang menguasai jiwa-jiwa atas fitrahnya, sama ada yang sengsara atau pun yang bahagia; jadikanlah selawat-Mu yang mulia, keberkatan-Mu yang bercambah, dan penghormatan-Mu yang tinggi buat Muhammad hamba-Mu dan rasul-Mu, yang menjadi penutup bagi yang telah lalu, dan pembuka bagi apa yang tertutup...

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 565, hadis no. 2929.

(منكر) عن سلامة الكندي، قال: كان علي - رضي الله عنه - يعلم الناس الصلاة على نبي الله يقول: «اللهمَّ داحي المَدْحُوَّاتِ، وبارئَ المسموكاتِ، وجبارَ القلوبِ على فطراتِها شقيِّها وسعيدِها، اجعلْ شرائفَ صلواتِكَ، ونواميَ بركاتِكَ، ورافعَ تحيَّتِكَ على محمدٍ عبدِكَ ورسولِكَ، الخاتمِ لما سَبَقَ، والفاتحِ لما أُغلقَ...» الحديث بطوله. [طس، ((الضعيفة)) (6544)].

(Munkar) Daripada Salamah al-Kindī, beliau berkata: Alī RA pernah mengajarkan orang-orang selawat ke atas Nabi Allah dengan berkata: “Ya Allah yang mencorak segala bentuk, yang mencipta segala yang tinggi, yang menguasai jiwa-jiwa atas fitrahnya, sama ada yang sengsara atau pun yang bahagia; jadikanlah selawat-Mu yang mulia, keberkatan-Mu yang bercambah, dan penghormatan-Mu yang tinggi buat Muhammad hamba-Mu dan rasul-Mu, yang menjadi penutup bagi yang telah lalu, dan pembuka bagi apa yang tertutup...” (hingga tamat) hadis ini seluruhnya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6544].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.