Ya Allah, sesungguhnya perbuatanku ini adalah kerana iman kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu, serta menurut sunnah nabi-Mu

TEKS BAHASA ARAB

أنه كان إذا استلم الحجر قال: اللهم إيمانا بك، وتصديقا بكتابك، واتباعا لسنة نبيك

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila beliau menyentuh kepada Hajar al-Aswad, beliau akan menyebut: Ya Allah, sesungguhnya perbuatanku ini adalah kerana iman kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu, serta menurut sunnah nabi-Mu.

STATUS

Mawquf lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 731, hadis nombor 3734. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف ضعيف) عن علي – رضي الله عنه -: ((أنه كان إذا استلم الحجر قال: اللهم إيمانا بك، وتصديقا بكتابك، واتباعا سنة نبيك)). [طص، ((الضعيفة)) (1049)]

(Mawquf Lemah)
Daripada Ali RA bahawa apabila beliau menyentuh kepada Hajar al-Aswad, beliau akan menyebut: Ya Allah, sesungguhnya perbuatanku ini adalah kerana iman kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu, serta menurut sunnah nabi-Mu.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1049]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.