Mawquf Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنه كان إذا استلم الحجر قال: اللهم إيمانًا بك، وتصديقًا بكتابِك، واتباعًا لسُنَّةِ نبيِّكَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila beliau menyentuh kepada Hajar al-Aswad, beliau akan menyebut: Ya Allah, sesungguhnya perbuatanku ini adalah kerana iman kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu, serta menurut sunnah nabi-Mu.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mawquf Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 731, hadis no. 3734. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موقوف ضعيف) عن علي - رضي الله عنه -: ((أنه كان إذا استلم الحجر قال: اللهم إيمانا بك، وتصديقا بكتابك، واتباعا سنة نبيك)). [طص، ((الضعيفة)) (1049)]
(Mawquf Daif) Daripada Ali RA bahawa apabila beliau menyentuh kepada Hajar al-Aswad, beliau akan menyebut: Ya Allah, sesungguhnya perbuatanku ini adalah kerana iman kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu, serta menurut sunnah nabi-Mu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1049]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman