TEKS BAHASA ARAB
أنه صلى الله عليه وسلم قال: “اللهم إنك أخرجتني من أحب البقاع إلي فأسكني في أحب البقاع إليك” فأسكنه الله المدينة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bahawa sesungguhnya baginda Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasallam telah berkata: Ya Allah sesungguhnya engkau telah mengeluarkan aku daripada bumi (negeri) yang paling aku cintai dan sukai, maka letakkanlah aku di bumi (negeri) yang paling aku cintai dan sukai. Maka itu, Allah telah meletakkan baginda Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasallam di Madinah.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 117, hadis nombor 136. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: هَذَا حَدِيثٌ بَاطِلٌ. وَقَالَ ابْنُ عَبْدِ الْبَرِّ: لَا يخْتَلف أَهْلُ الْعِلْمِ فِي نَكَارَتِهِ وَوَضْعِهِ.
Ibnu Taimiyyah telah berkata: Hadis ini adalah batil. Ibnu ‘Abdil Bar telah berkata: Ahli ‘ilmu tidak berselisih pandangan tentang kemungkaran dan kepalsuannya.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.