Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ya Allah sesungguhnya Engkau memberkati umatku pada sahabatku, maka janganlah Engkau tarik keberkatan ini daripada mereka

Teks Bahasa Arab

حديث: اللَّهُمَّ إِنَّكَ بَارَكْتَ لأُمَّتِي فِي أَصْحَابِي فَلا تَسْلُبْهُمُ الْبَرَكَةَ، وَبَارَكْتَ لأَصْحَابِي فِي أَبِي بَكْرٍ فَلا تَسَلُبْهُ الْبَرَكَةَ، وَاجْمَعْهُمْ عَلَيْهِ، وَلا تنشر أمره. اللهم وأعز عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ، وَصَبِّرْ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ، وَوُفِّقَ عَلِيًّا، وَاغْفِرْ لِطَلْحَةَ، وَثَبِّتِ الزُّبَيْرَ، وَسَلِّمْ سَعْدًا، وَوَقِّرْ عَبْدَ الرَّحْمَنِ، وَأَلْحِقْ بِي السَّابِقِينَ الأَوَّلِينَ مِنَ الْمُهَاجِرِينِ وَالأَنْصَارِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Ya Allah sesungguhnya Engkau memberkati umatku pada sahabatku, maka janganlah Engkau tarik keberkatan ini daripada mereka. Engkau juga memberkati sahabatku pada Abu Bakar maka janganlah Engkau tarik keberkatan daripadanya, Engkau kumpulkanlah mereka padanya dan jangan Engkau memecahkan urusan mereka. Ya Allah, Engkau muliakanlah Umar bin al-Khattab, berikan kesabaran kepada Uthman bin Affan, berikanlah taufik kepada Ali, ampunkanlah Talhah, teguhkanlah al-Zubair, selamatkanlah Sa'ad, tenangkanlah Abd al-Rahman dan kumpulkanlah aku bersama golongan al-Sabiqun al-Awwalun (golongan yang terawal memeluk Islam) daripada kalangan al-Muhajirin dan al-Ansar serta para pengikut (Tabi'in) yang menurut jejak mereka dengan kebaikan.

Sahabat Perawi

  1. Al-Zubayr bin Al-'Awwam RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 410, hadis no. 162. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن الزبير موفوعا. قال ابن الجوزي: موضوع، وفيه ضعفاء: أشدهم سيف بن عمر، وقال في اللآلىء: له طريق أخرى. رواها الخطيب، ورواه ابن عساكر.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada al-Zubair secara marfu’ (disandarkan kepada nabi SAW). Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Padanya ada perawi-perawi yang dhaif. Perawi yang paling teruk adalah Saif bin Umar. Dia berkata dalam al-Laali’: Hadith ini mempunyai jalur yang lain yang diriwayatkan oleh al-Khatib dan Ibn Asakir.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.