Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan daripada keburukan dua perkara yang buta.

TEKS BAHASA ARAB

اللهم إني أعوذ بك من شر الأعميين. قيل: يا رسول الله وما الأعميان؟ قال: السيل والبعير الصؤول

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan daripada keburukan dua perkara yang buta. Dikatakan: Wahai Rasulullah! Apakah dua perkara yang buta itu? Baginda menjawab: banjir dan unta yang mengganas.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1731, hadis nombor 8710. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة بنت قدامة -رضي الله عنها- قالت: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((اللهم إني أعوذ بك من شر الأعميين.)) قيل: يا رسول الله وما الأعميان؟ قال: ((السيل والبعير الصؤول.)) [ابن منده، طب، ((الضعيفة)) (2914)].

(Munkar)
Daripada ‘Aisyah binti Qudamah RA beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan daripada keburukan dua perkara yang buta. Dikatakan: Wahai Rasulullah! Apakah dua perkara yang buta itu? Baginda menjawab: banjir dan unta yang mengganas.))
[Riwayat Ibn Mandah dan al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2914].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs