Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kekayaan diriku (jiwa) dan kekayaan (jiwa) orang yang ku sayangi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اللهم إني أسألك غناي، وغنى مولاي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kekayaan diriku (jiwa) dan kekayaan (jiwa) orang yang ku sayangi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1445, hadis nombor 7352. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي صرمة -رضي الله عنه- عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: ((اللهم إني أسألك غناي، وغنى مولاي)). [خد، حم، طب، ((الضعيفة)) (2912)].

(Lemah)
Daripada Abū Ṣirmah RA daripada Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kekayaan diriku (jiwa) dan kekayaan (jiwa) orang yang ku sayangi.”
[Riwayat al-Bukhārī dalam al-Adab al-Mufrad, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2912]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.