Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kehidupan yang suci bersih

TEKS BAHASA ARAB

كان يدعو: اللهم إني أسألك عيشة نقية، وميتة سوية، ومردا غير مخز، ولا فاضح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kehidupan yang suci bersih, kematian yang penuh ketenangan, tempat kembali yang tiada kehinaan dan tidak memalukan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1445, hadis nombor 7351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: كان يدعو: ((اللهم إني أسألك عيشة نقية، وميتة سوية، ومردا غير مخز، ولا فاضح)). [ك، البزار، ((الضعيفة)) (2915)].

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Baginda SAW selalu berdoa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kehidupan yang suci bersih, kematian yang penuh ketenangan, tempat kembali yang tiada kehinaan dan tidak memalukan.”
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2915].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs