Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يَدعو: اللَّهمَّ إنِّي أسألُكَ عيشةً نقيَّةً، ومَيتةً سَويَّةً، ومَردًّا غيرَ مُخزٍ، ولا فاضحٍ.
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kehidupan yang suci bersih, kematian yang penuh ketenangan, tempat kembali yang tiada kehinaan dan tidak memalukan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1445, hadis no. 7351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: كان يدعو: ((اللهم إني أسألك عيشة نقية، وميتة سوية، ومردا غير مخز، ولا فاضح)). [ك، البزار، ((الضعيفة)) (2915)].
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Baginda SAW selalu berdoa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kehidupan yang suci bersih, kematian yang penuh ketenangan, tempat kembali yang tiada kehinaan dan tidak memalukan." [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2915].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman