Shadz

30/06/2024

minit bacaan



Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada ujian fitnah wanita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur

Teks Bahasa Arab

اللَّهُمَّ! إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ ‌فِتْنَةِ النِّسَاءِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ.

Teks Bahasa Melayu

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada ujian fitnah wanita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur.

Sahabat Perawi

  1. Sa‘d bin Abī Waqqāṣ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Shadz

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 564, hadis no. 2928.

(شاذ) عن سعد - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «اللَّهُمَّ! إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ ‌فِتْنَةِ النِّسَاءِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ». [الخرائطي في ((اعتلال القلوب))، ((الضعيفة)) (7050)].

(Sḥādz) Daripada Sa‘d RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada ujian fitnah wanita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur.” [Riwayat al-Kharā’iṭī dalam I‘tilāl al-Qulūb. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7050].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.