Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللهمَّ! حبِّبِ الموتَ إلى مَنْ يَعْلَمُ أني رَسُولُكَ.
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah! Sayangilah yang mati iaitu orang yang mengetahui bahawa sesungguhnya aku adalah pesuruh-Mu.
Sahabat Perawi
- Abu Malik al-Ash’ariy RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1525, hadis no. 7755. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((اللهم! حبب الموت إلى من يعلم أني رسولك)). [طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5614)].
(Lemah) Daripada Abu Malik al-Ash’ariy RA, beliau berkata: bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ya Allah! Sayangilah yang mati iaitu orang yang mengetahui bahawa sesungguhnya aku adalah pesuruh-Mu.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5614].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman