Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ya Allah, rezekikan daku dua mata yang banyak menangis

Teks Bahasa Arab

اللَّهمَّ ارزُقني عينينِ هطَّالتينِ، تشفيانِ القلبَ بذروفِ الدمع من خَشيتِكَ، قبلَ أن يكونَ الدمع، دمًا والأضراسُ جمرًا.

Teks Bahasa Melayu

Ya Allah, rezekikan daku dua mata yang banyak menangis, mata yang mengubati jantung hati dengan rembesan air mata kerana takutkan-Mu, sebelum menjadi air mata darah dan geraham batu api.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2007, hadis no. 10073. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عن ابن عمر – رضي الله عنهما – قال: كان من دعاء رسول الله صلى الله عليه وسلم: اللهم ارزقني عينين هطالتين، تشفيان القلب بذروف الدمع من خشيتك، قبل أن يكون الدمع دما، والأضراس جمرا. [حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2905)]

(Lemah) Daripada Ibn Umar RHuma berkata: Antara doa Rasulullah SAW: Ya Allah, rezekikan daku dua mata yang banyak menangis, mata yang mengubati jantung hati dengan rembesan air mata kerana takutkan-Mu, sebelum menjadi air mata darah dan geraham batu api. [Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Hilyah dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2905]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.