Tidak sahih

30/06/2024

minit bacaan



Ya Allah rahmatilah saudara-saudaraku di Qazwin

Teks Bahasa Arab

حديث: اللَّهُمَّ ارْحَمْ إِخْوَانِي بِقَزْوِينَ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith : Ya Allah rahmatilah saudara-saudaraku di Qazwin.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tidak sahih

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 435-436, hadis no. 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يَصِحُّ. وكذا لا يصح حديث: "يكون لأمتي مدينة يقال لها قزوين، الساكن فيها أفضل من ساكن الحرمين. وكذا: من بات بالري ليلة واحدة صلى فيها وصام. فكأنما بات ألف ليلة صامها وقامها". وكذا حديث: "أخاف علي الري وقزوين أن يغلب عليهم العدو".

Tidak sahih. Begitu juga tidak sahih hadis: “Bagi umatku suatu bandar yang dinamakan Qazwin, penduduknya lebih baik daripada penduduk al-Haramain. Begitu juga: Sesiapa yang tidur di Ray satu malam dan solat dan puasa, sepertimana telah tidur 1000 malam serta berpuasa dan mendirikan malamnya. Begitu juga hadis: “Aku takut Ray dab Qazwin dikalahkan oleh musuh".

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.