Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللهمَّ ! أكثِرْ مالَ فلانٍ (يعني: المانعَ ناقتِهِ)، واجعل رزق فلانٍ يومًا بيومٍ ( يعني: الذي بعثَ بالناقةِ).
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah perbanyakkanlah harta lelaki itu (yakni yang enggan memberikan untanya, seolah-olah Rasulullah berdoa agar diperbanyak hartanya lalu dia mampu mengeluarkan zakatnya, atau agar dia terus disibukkan dengan dunianya), dan cukupkanlah rezeki lelaki itu (yang memberikan untanya) dari hari ke hari.
Sahabat Perawi
- Nuqadah al-Asadi
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 886-887, hadis no. 4548. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Nuqadah al-Asadi, beliaع berkata: Suatu ketika Rasulullah SAW mengutuskanku kepada seorang lelaki bagi meminta darinya seekor unta (yakni bahagian zakatnya), namun lelaki itu enggan memberikannya, lalu baginda menghantar daku kepada seorang lagi lelaki lain, lalu lelaki itu menghantarkan seekor unta. Apabila Rasulullah SAW melihatnya, baginda berdoa: Ya Allah berkatilah ia, dan berkatilah orang yang telah menghantarnya. Nuqadah berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: dan orang yang membawakannya? Lalu baginda berdoa: dan orang yang membawakannya. Kemudian Rasulullah mengarahkan agar ia diuruskan, lalu diperah susunya dan ia mengeluarkan banyak susu. Maka Rasulullah SAW pun berdoa: Ya Allah perbanyakkanlah harta lelaki itu (yakni yang enggan memberikan untanya, seolah-olah Rasulullah berdoa agar diperbanyak hartanya lalu dia mampu mengeluarkan zakatnya, atau agar dia terus disibukkan dengan dunianya), dan cukupkanlah rezeki lelaki itu (yang memberikan untanya) dari hari ke hari. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya dan Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4868].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman