Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Ya Allah! Muliakanlah Islam dengan yang paling disukai di antara dua Umar

Teks Bahasa Arab

اللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلامَ بِأَحَبِّ الْعُمَرَيْنِ.

Teks Bahasa Melayu

Ya Allah! Muliakanlah Islam dengan yang paling disukai di antara dua 'Umar.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 18, hadis no. 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

اللهم أعز الإسلام بأحب هذين الرجلين بأبي جهل أو بعمر بن الخطاب. حديث جاء بألفاظ هذا أحدها قال السيوطي وقد اشتهر هذا الحديث الآن بلفظ بأحب العمرين ولا أصل له من طرق الحديث بعد الفحص البالغ.

Ya Allah! Muliakanlah Islam dengan yang paling disukai di antara dua lelaki ini di sisi-Mu: dengan Abu Jahal atau 'Umar bin al-Khattab. Hadith itu telah diriwayatkan dengan beberapa lafaz, ini adalah salah satunya. Al-Suyuti berkata: Telah terkenal hdith ini sekarang dengan lafaz: "Dengan yang paling disukai antara dua 'Umar". Namun tiada asal baginya melalui jalan-jalan periwayatan hadith, setelah penelitian yang bersungguh-sungguh".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.