Ya Allah! Limpahkanlah selawat kepada Nabi

TEKS BAHASA ARAB

حديث: اللهم صل على نبي قبلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ya Allah! Limpahkanlah selawat kepada Nabi yang telah mencium kamu.

STATUS

Tiada asalnya dengan makna ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 47, hadis nombor 73. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

تقول العامة عند تقبيل الحجر الأسود. فلا أصل له بهذا المعنى، بل هو كفر بحسب المعنى.

Ini adalah ucapan orang awam ketika mencium Hajarul Aswad. Tidak ada asalnya baginya dengan makna ini, bahkan ia kufur mengikut maknanya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs