Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ya Allah! Kerana-Mu aku akan sampai, kerana-Mu aku mengembara dan kerana-Mu aku berjalan

Teks Bahasa Arab

كان إذا أراد سفرًا قال: اللهم بك أَصُولُ، وبك أَجُولُ، وبك أَسِيرُ.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW apabila ingin bermusafir, Baginda membaca: Ya Allah! Kerana-Mu aku akan sampai, kerana-Mu aku mengembara dan kerana-Mu aku berjalan.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1477, hadis no. 7533. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه - أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((كان إذا أراد سفرا قال: اللهم بك أصول، وبك أجول، وبك أسير)). [ ه، البزار، الطبري في ((التهذيب))، ((الضعيفة)) (4167)]

(Lemah) Daripada 'Ali RA bahawa Rasulullah SAW apabila ingin bermusafir, Baginda membaca: Ya Allah! Kerana-Mu aku akan sampai, kerana-Mu aku mengembara dan kerana-Mu aku berjalan. [Riwayat Ibn Majah, al-Bazzar dan al-Tabari dalam Tahzib al-Athar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4167]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.